Dan kau punya seorang kawan,
Tinggi ilmu agamanya,
Suka kau berkawan dengannya kerna tau andai kau tersalah langkah, akan ade dia untuk pimpini kau kembali ke jalan sepatutnya, itulah yang ko harapkan,
Dan kau punya seorang kawan,
Tinggi ilmu agamanya,
Marah andai ade yang berkata buruk tentang dirinya, kerna kau yakin tiada ape yang dia berpegang teguh melainkan perintahNya dan pasti sebaik mungkin dia cuba mejauhi laranganNya,
Dan satu hari kau lalai, lalai dalam keindahan dunia, dan kau menanti tibanya kawan itu untuk selamatkan kau
Tapi di manakah die?
Dia membenci di dalam hati, tidak berani katanya menegur di hadapan, tetapi bila berani berkata, khalayak ramai yang die pilih,
Tiada niat katanya untuk tuju kepada sesape,
Tapi kerna telah lama berkawan, kau mengharapkan die memahami, pastilah kau terasa,
Telah die berbincang dengan orang tertentu katanya,
Tapi kerna telah lama berkawan, tertanya kenapa bukan dengan kau yang dia berbincang,
Bila berbincang,
Katanya dia rela dibenci rakan tapi bukan oleh Nya
Benarlah anggapan kau selama ini, tiada ape yang dia berpegang teguh melainkan perintahNya dan pasti sebaik mungkin dia cuba mejauhi laranganNya,
Tapi kerna telah lama berkawan, kau tertanya tidak bolehkah due-due dielakan? Elak daripada dibenciNya dan rakan-rakan? Adakah itu cara terbaik yang die ada untuk menasihati diri ko kawannya,
Tapi tidaklah kau bencinya, cuma terasa, kerna telah lama berkawan.
Janji Allah itu pasti katanya lagi, bala datang bukan kepada yang melakukan sahaja tapi satu masyarakat semua tambahnya
Dan terasa diri sangat hina, membawa bala, dari seorang kawan yang berkata, benar diri hina
Tapi kerana telah lama berkawan, mungkin kata yang lebih lembut boleh dikata
Tidak kau fahami kenapa die tidak memahami bukan katanya yang tidak diterima, cuma caranya sahaja
cuma caranya sahaja, kerana tiada ape yang die kata tidak benar
Sedih, bukan kerana terasa diri dimalukan, sedih kerna dimalukan kawan sendri.
Biarlah malu sekarang tapi bukan di akhirat sambungnya
Tapi kerna telah lama berkawan, ko mengharapkan seorang kawan yang menasihati bukannya seorang yang asing atau ketua
Kalo tak nak orang berkata, janganlah buat
Tapi tak kau sangka, die yang membuka pluang kepada orang lain bersangka buruk terhadap diri kau, die yang selama ni kau anggap kawan
Mungkin terlalu tinggi kau sanjunginya selama ni, mungkin sebab itulah hati kau terasa amat sedih.
Mungkin baginya kau bukanlah juga sesiapa untuk dijaga hatinya.
Usahlah kau fikirkannya lagi, terimalah sahaja katanya dan lupakanlah caranya. Terimalah die berniat baik menasihati diri kau kawannya. Berterima kasihlah sahaja kerana die berjaya menyedarkan kau. Terimalah seperti kau dia juga tidak sempurna dan terimalah dia lebih baik dia lebih mengetahui dari diri kau.
Dan kau berkata,
Walaupun sukar akan ku cuba. Tiada ape lagi yang boleh ku katakan bila melibatkan agama. Cuma ku harapkan kerana Islam itu indah, indahlah juga cara dalam menasihati kerana itu pasti itu lebih baik dari berkasar dan melahirkan rasa benci.
Dari Nya, keampunan yang ku harapkan..
“Ya Allah, ampunilah segala dosaku. Tetapkanlah imanku, bimbingilah aku kerana sesungguhnya aku hambaMu yang amatlah lemah lagi hina..“
menarik ;)
ReplyDeleteterbaik biena!
ReplyDeleteAla sian bina..
ReplyDeleteMungkin boleh slow talk
pimpin dia untuk memimpin
terkadang kawan terlalu segan
tak dapat diluah bila berdepan
sedang di hati tidak keruan
usah gusar akan teguran
usah risau akan jelingan
biasanya tidak akan berpanjangan
kerana yang memberi teguran itu
mungkin bukan daripada rakan
sebaliknya Tuhan yang kita beriman
Dia bercakap melalui teman...
Wan! aku rasa blog ko lagi menarik *wink back*
ReplyDeleteMirae!terbaik ke? heh. Thank you. Rase lega skit well banyak sebenarnya to just let it out in writing :)
Taufiqqq..meaningfulnya comment Taufiq. It does make me feel a little bit better of him, but I do feel much better now.
Tapi bila bina sedih, bila slalu tau I can always talk to you if ade ape2, pastu trus x sdih dah, heh :)
:) of course u can always talk to me bina.
ReplyDeleteIt's not me pun.. It's actually you being open to yourself
we are a family. We take care of each other.
and we keep each others' secret
(you know there will be a lot of secrets once pegi masuk hutan kan hihi ;) )
do tak care keyh!